Loading...
Wednesday, January 15, 2014

Pulut panggang

Pulut panggang


Bahan-Bahan
1. 2 cawan pulut (rendam sekurang2nyer 3 jam)
2. 1 cawan santan cair
3. Garam secukup rasa
4. Daun pisang
5. stapler/lidi dipotong memanjang
6. Minyak utk mengoles

Cara-cara:
Kukus pulut selama 1/2 jam. Lepas tu masukkan santan tadi yg sudah digaul dgn garam secukup rasa. Kukus lagi sehingga pulut betul2 lembut. Sementara mengukus bolehlah sediakan serunding untuk inti pulut panggang.

Serunding

1.  2 cawan kelapa parut
2.  3 biji bwg merah
3.  1 btg serai
4.  1 inci halia
5.  5 biji cili kering ( direndam)
6.  2 sudu besar udang kering
7.  1/4 sudu kecil serbuk kunyit
8.  Secubit asam jawa
9.  Garam & gula secukup rasa
10. 1/2 sudu jintan manis dan jintan putih ( option)

Cara-cara

1. Kisar serai, bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, udang kering, jintan manis hingga halus.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan kekapa parut, serbuk cili dan air asam jawa.
3. Kacau dan masak atas api hingga kering.
4. Bila telah kering sejukkan dan bolehlah sediakan pulut panggang.

*Sebelum membungkus layurkan daun pisang diatas api terlebih dahulu untuk melembutkan daun pisang tadi .
kemudian lap dengan tuala bersih, selepas itu oleskan dengan sedikit minyak, barulah digunakan untuk membungkus.
Grill pulut yang telah dibungkus di atas api selama 10 minit. 

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP